Saturday, August 15, 2009

kisah berkawan


kata mak, KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang....... kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit..... kata atuk, KAWAN tu seperti air terus mengalir..... kata nenek, KAWAN tu bak bulan dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana.... kate sedare, kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!! kata abang, KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape dikata........ kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk tp sedap dimakan.... kata adik, KAWAN tu macam biskut sekejap ade sekejap takde....... kata aku, kawan tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan... tau tak sebab ape??? sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan aku... itu cara aku...berkawan biar beribu...'bercinta' hanya pada yang 'SATU'...

Tuesday, August 11, 2009

mesyuarat #1 8-8-2009 ( projek perhimpunan bekas pelajar sdad semua sesi )


Tercapai jua hajat untuk mengadakan mesyuarat pertama bagi projek perhimpunan bekas pelajar sdad. Lama dok pikir bilalah date yang sesuai, akhirnya berkumpul jugak. Pada awalnya aku tak begitu yakin dengan kehadiran ahli, tak kira, 5 org pun meeting tetap jalan. Wah...sorang demi sorang mari dan kami mulakan meeting dengan 16 orang ahli mesyuarat. Jumlah kehadiran yang tak disangka2. Antara yang hadir adalah Amie Yusnorida,Hanafiah Boy,Abd Rasid, Zaleha, Hazar Jawa, Sukhairi Chort, Abd Kadir, Azliza Adan, Hazrin Hamdan,Khaizan Khamis, Huzaimi, Faizal Mahat, Muzamil, Nazir Mambo dan Hazlie...hah ngam 16 org termasuk aku sendiri. Semuanya dari berlainan tahun sesi persekolahan. Itu yang membuatkan ianya nampak menarik. Kalau dulu masa sekolah tak terfikir pun nak kamcing dengan orang2 yang senior atau junior dari kita. Tapi keadaan malam tu berlainan sekali. Kami bergurau senda seperti masing2 sudah begitu kamcing antara satu sama lain. Suasana memang cukup meriah. Tak dapat digambarkan kalau projek ini betul2 menjadi kenyataan...tentu sesuatu kenangan manis yang boleh dikenang sampai bila-bila. Boleh jadik ker....erm berdasarkan komitmen yang diberikan oleh setiap ahli mesyuarat pada malam tu...aku rasa tentu boleh jadik, dengan berkat semangat setiakawan antara kita, insyaAllah semua yang dirancang boleh menjadi kenyataan.

* meeting seterusnya akan diadakan pada 26 September 2009 ( raya ke-6 ) bertempat di rumah Yem (aku ler tuh) no 44 kg kelantan, muar...semua dijemput hadir, kehadiran ajk diwajibkan.

Tuesday, April 7, 2009

ex-student SDAD gathering 2009 - all batch

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Merujuk kepada tajuk topik, pihak commitee ahli jawatankuasa penaja telah bersepakat untuk menganjurkan gathering di Sekolah Dato Sri Amar Diraja Muar di penghujung tahun ini. Perancangan meliputi :

1) Mengadakan sukaneka bermula jam 8 - 12 tghari di padang sekolah.
2) Menganjurkan majlis makan malam beserta penyampaian hadiah untuk acara sukaneka yang akan dihadiri oleh Pengetua dan beberapa guru. Lain2 acara waktu majlis makan malam akan dibincangkan kemudian.

item 1 & 2 akan diadakan pada hari yang sama.

antara ahli jawatankuasa penaja untuk merealisasikan plan ini terdiri dari:

1) PENGERUSI - En Nazir ( MAMBO ) hp 0166438137
2) NAIB PENGERUSI - En Sukhairi ( CHOT ) hp 0126241786
3) SETIAUSAHA - En Ibrahim ( YEM ) hp 0122410366
4) BENDAHARI - En Muzzamil Katemon ( IJAM ) hp 0122700766
5) AJK - Nafie ( BOY ) hp 0122799814
Abd Kadir
Kaharudin
Faizal ( KUDUT )
Hazrin Hamdan ( DULANG )

Bagi yang sudi untuk sama2 memeriahkan majlis itu nanti, sila berikan nama penuh, nickname, no telefon, tahun sesi persekolahan dan alamat terkini dan hantarkan pada email address saya : ibrahim_276@yahoo.com

Semua data2 yang diberi akan direkodkan ke dalam database saya disamping untuk tujuan bancian agar mudah bagi pihak comittee di Muar mengira peruntukan yang diperlukan.

Sekian
Ibrahim Mohamed Nasir
email - ibrahim_276@yahoo.com
h/p 0122410366

Sunday, March 22, 2009

akhirnya impianku menjadi kenyataan...





GINA FINANZA....bangsa apakah dia? Benggali, Portugis, Mexico...erm sumanya tak tepat...dulu masa sekolah itu lah yang mmg aku selalu fikirkan..at last apa aku kisah..lantaklah dia bangsa apa pun yang penting boleh bercakap melayu dengan fasih dan senang untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Aku pasti ramai diantara kita yang mengenali Gina ni. Senior kita setahun. Dulu dia agak glamer gitu lah mungkin sebab nama dia yang paling pelik ada kat SDAD masa tu hehe. Nama sebenar Gina Finanza Angelia binti Daud....allamak...sekali melayu daaa...cheh..macam mana aku boleh jumpa dia...baca cerita aku ni sampai habis...

Sukan permotoran yang aku paling minat..2 ajer, track or road race dan rally ( off road ).Setiap kali menonton perlumbaan track dan rally pasti aku akan membayangkan apakah perasaan yang sebenar bila kita berada dalam kokpit sesebuah kereta lumba..hah mulalah berangan jadi seorang racer..kalau main playstation dah tentu lah cd WRC jadi pilihan utama.

Satu hari, si Gina ni pm aku kat FB chatbox. Dia sangkakan aku ni Ayem clasmate dia dulu. Rupa2nya salah orang daaa..tp oleh kerana kita org Johor ni kan peramah, so ktorang berborak lah sampai terkeluar cerita yang dia involve dalam sukan rally. Secara kebetulan incoming week dia nak perform kat sepang off road track, dan yang buat aku rasa terharu sangat bila aku dipelawa untuk datang give support and ni yang paling aku tak sangka lah.."jgn lupa bawak helmet" katanya..wah pucuk dicita ulam mendatang...masa ni lah aku nak try test tgk tahap mana aku boleh rembeskan hormon adrenalin aku untuk mengatasi ketakutan bila berada dalam kereta rally. Driver perempuan pulak tu..leh percaya ker ni..erkkk...ngerinya...dah mcm rancangan fear factor dah ni...

Hari ini 22hb Mac 2009. Tepat jam 10 pagi aku dah terpacul kat sepang parking D. Gina call.."ko kat mana?...aku kat khemah ni ha..."...erm...pertemuan pertama aku dengan Gina setelah 15 tahun tak jumpa..orangnya friendly tetap macam dulu..cuma dulu aku tak pernah tegur dia sebab...sebab apa lagi sebab nama dia lah..mcm nama orang eropah gitu tapi bersekolah kat kampung kwang kwang kwang....

Jam 11 pagi, aku melabuhkan punggung aku di kerusi co-driver Satria 1.8GSR milik Gina. Seat belt jenama OMP aku ketatkan agar tak terhumban ke depan atau kepala cecah bumbung kalau kereta terbalik..itu antara langkah2 keselamatan driver dan co-driver yang perlu dititikberatkan selain tahap keselamatan dan kestabilan kereta itu sendiri..bagi aku kereta Gina dah cukup serba serbi...rasa macam tak percaya bila dikelilingi oleh roll cage..hakikatnya memang aku benar2 berada di dalam kereta rally. Tuhan saja yang tahu perasan cemas dan takut tapi takkan nak tunjuk depan Gina...malu beb...kang tak pasal2 kena kutuk..

Bagi aku Gina memang selesa dengan sukan ni..teknik pemanduan dengan skill hand brake turn benar2 membuatkan aku nak duduk lagi kat kerusi co-driver tu lau ada peluang lagi di masa akan datang... To Gina, aku doakan moga ko berjaya dalam bidang yang ko ceburi..chiow...

Saturday, March 21, 2009

pejam celik pejam celik

salam...erm pejam celik pejam celik, sekejap jer dah masuk bulan 3..dan sedar tak sedar dah sebulan lebih aku tak menulis dalam blog ni, sekadar manage mana2 komen yg perlu di-moderate jer dan tokok tambah sana sini..rasa macam baru semalam jer create blog..kebelakangan ni aku banyak concentrate pada facebook jer, bukan apa, seronok melayan kawan2 sdad dalam FB baik yg junior mahupun senior,yang best dengan senior yang 10 tahun beza umur pn leh jadik kawan tuhh hehe..ntah dari mana muncul...itu yang aku respect bebenor pada pencipta FB..boleh jumpa balik kawan2 lama..bincang itu ini..yang paling kelakar, aku ada berborak dengan sorang senior kita, dah berhari2 chatting sekali dia tanya aku, 'you 1 batch ngan mambo ker'...aku jwblah yea..rupanya dia kakak mambo daaaa...haha..ex-sdad gak..tapi super senior la...
See, zaman dah semakin maju kan..dunia IT pesat membangun..so apa salahnya kan kita guna dan explore kemudahan yang ada untuk tujuan kebaikan disamping merapatkan kembali hubungan yang telah lama renggang..lagipun ianya service percuma..aku teringat yang mula2 plan nak jumpa balik kwn2 lama ni masa raye tahun lepas..1st gathering kat rumah aku kat Kg Kelantan..lepas tu tak berenti start cari mmber dan aku rasa sekarang dah lebih target geng2 yg dah dapat dikesan...baik senior mahupun junior...ada yang masih ingat dan ada yang masih samar2...maklumlah berbelas tahun memori terpadam. Walau apa pun, pencarian akan tetap diteruskan..masih ramai yang bersepah sana sini..
Yang pasti..kenangan zaman sekolah pasti tidak akan dapat dilupakan oleh semua orang, kenangan tu tak ternilai harganya kalau nak dibandingkan dgn nilai wang ringgit dan yang paling best kalau suma kenangan tu dapat dikongsi bersama..tgk mcm gbr rantai tu, dah berkarat pun masih terikat antara satu sama lain...begitulah hendaknya kita...chau chin chau...

Sunday, February 15, 2009


salam...semalam aku berjumpa dgn 4 jejaka macho tapi hancur ni..saja lepak kat mamak sambil membincangkan projek2 kacang putih untuk perancangan jangka masa panjang..cheh mcm bagus jer bunyinya..biasalah kan lau dah dari kecik berkawan, dapat peluang berjumpa mcm ni dah tentulah cerita zaman sekolah jadi topik utama..dalam masa yg sama, kami sempat jugak membuat beberapa perancangan untuk menambah eratkan lagi silaturahim antara kita..antaranya:

1) mengadakan aktiviti bulanan seperti paintball dan futsal.
InsyaAlah kalau takda aral melintang, Sabtu ni 21 Februari 09, kita akan bermain paintball di
Paintball Valley Bukit Cherakah, kos rm80, 200 bullet, full equipment,makanan disediakan. Time start 9am
Orang2 prmpuan,sila sampaikan berita ini pada suami anda....harap dorg dpt join...dan geng2 prmpuan jugak...meh ar sama2 turun padang kalau berani...

2) family trip ker Eagle Ranch Port Dickson, http://www.eagleranch.com.my/
atas permintaan bbrp individu, kami bersepakat untuk mengadakan family trip ker tempat seperti yang dinyatakan..dalam pertengahan bulan 4, 2009, overall cost akan dinyatakan selewat2nya by end of this week. Chiow..

kini & selamanya

'hai tawan-tawan'...sebut ikut gaya yus raja lawak..erm..bila aku perhatikan setiap wajah dalam pic ni, mmg x pernah terlintas difikiran aku untuk bertemu dgn dorang ni semua..15 tahun beb..lama tu..lepas sekolah sumanya lenyap sekelip mata...masing2 buat hal sendiri..inilah antara mereka2 yg dah berjaya dikesan,berjumpa face 2 face malah berkumpul bersama..ramai lagi yang dah dapat dikesan cuma xda peluang nak snap gbr jer lagi..cuma berhubung melalui email,hp dsnya..itupun sudah cukup memadai..apa yang dapat kita lihat disini, mungkin inilah wajah yang akan kita lihat 20 tahun akan datang..sama dan takkan berubah berbanding dgn apa yang kita lihat 15 tahun dahulu..tapi masih ada yang maintain..hanya sebilangan dan yang jauh terkeluar dari landasan, boleh dikatakan majoriti lah hehe..korang lihat dgn teliti dan nilai lah sendiri...walaubagaimanapun, kita memang tidak boleh lari dari lumrah ciptaan manusia..dari bayi,kanak2,kanak2 remaja,remaja,tua..dan out of service..perubahan fizikal tetap akan berlaku pada setiap benda hidup..faktor makanan dan gaya hidup itu soal kedua...chiow...

Tuesday, February 10, 2009

cuti2 malaysia

salam, baru2 ni aku ker JB, saja bercuti dgn family dan aku ambik peluang yang ada untuk berjmpa dgn leyha..sempat jugak lah pergi makan malam beramai2, masing2 berkenalan dgn family masing2, leyha ni masa form 5 satu kelas ngan epen and asra..masa lepak2 kat danga bay, x semena2 berselisih pulak dgn mamat yg t-shirt putih tu..ktorg saling berpandangan muka mcm familiar sgt, nilah partner si tuah masa kat sekolah dulu..kemana2 mmg berdua jer..tp dia setakat form 3 jer pastu terus gi teknik...x sangka dia masih cam muka aku dan aku pun mmg cam sgt muka dia cuma biasalah kan...nama tu lansung x ingat....kecik jer sebenarnya dunia ni..kwn2 mmg merata tpt cuma antara nak tegur atau tidak jer...chiow...

Friday, February 6, 2009

Tingkatan 5 Bestari


salam buat teman2, ni antara beberapa lagi gbr kelas tingkatan 5 yg menjadikan 6 kelas kesemuanya, ada yang tertinggal ker?...so sekarang masing2 dah dapat gambaran yang jelas kan mengenai rupa paras rakan2 kita...so lau terjumpa tu takdalah malu2 nak menyapa...itupun lau rupa bentuk mukabuminya masih tak berubah lah...

Tingkatan 5 Amanah

Tingkatan 5 Gigih

alhamdulillah dpt jugak masuk blog ni akhirrrnyaaaaaa......

Wednesday, January 28, 2009

Tingkatan 6 Jauhari - 1994/95


Duduk dari kiri – Shahrul, Hairulzaki, Tuah, Cikgu Hashim Kahat (HM), Cikgu Faridah (Guru Kelas), Mahazida (G-Da), Masni, Epen, ?

Berdiri (Tengah) dari kiri – Siti Salmiah, Rosmawati (Ros), Rafezah Razak (Feza), Raha Jaafar, Rosna Bujairomi, Norazlina Nordin (Rudy), Norazlin, Azu, Wedayu (Ayu)

Berdiri (Belakang) dari kiri – ?, Lay Geok,?, ?, Leng Leng, ?, ?, ?, ?, ?, ?

Gambar ni sengaja aku selitkan dlm blog ni....walaupun blog ni khusus untuk 89-93 tp terselit kengkawan sekelas aku since form 1..saje la aku bubuh sekali..takpe erk...time ni Tuah Ketua Pengawas..time ni lelaki mmg tak ramai la..cuma epen, masni, zaki, tuah ngan sharul jer...

Mase ni aku close ngan Norhaya Ayob (Aya), Raha n Rudy (Norazlina) so kemana-mana kami mesti berempat..Dalam kelas selalu kene aim ngan Cikgu Shirley..Waktu tu dia ajo Sejarah Asia Tenggara...selalu aku kene sergah pastu terkial2 x dapat jawab kene berdiri...ade sekali tu spontan aku bagi jawapan yg betul..Cikgu Shirley terus jawab..ha mesti u belajar kan...sebab tu dapat jawab? Aku sengih jer..kelako sungguh...main2 jer mase sekolah..lagi satu aku selalu gak ponteng kelas..hujan sikit siap ler tepon kengkawan yg tiga tu...teruk kan..papepun aku enjoy sgt bila kenang balik saat2 tu...


Gambar depan pejabat tu asenya last day paper STPM..saje la kan wat kenang-kenangan at least boleh gak aku selitkan dlm blog ni...

Classmate Darjah 6 yang pernah bersekolah di SDAD...


Gambar ni mase aku Darjah 6 Cempaka kat Sek Keb Parit Bunga...saje aku letak dalam blog ni sebab antara ramai2 classmates aku tu..beberapa darinya pernah menjejakkan kaki di SDAD tau...mase tu form 4 la..tapi sekejap jer sbb lepas tu masing2 dapat tawaran ke sekolah lain..Antaranya Normazilah Abdullah (Duduk 5 dari kanan), Norizaidah Nordin (Duduk 3 dari kiri)...erm satu lagi Noraini Hassan (berdiri 2 dari kanan, barisan tengah) ikutkan de sorang lagi yg same sekolah ngan aku iaitu Zalina Jalil..cuma time tu dia kelas lain.. tapi kitorang dipertemukan apabila jadi rakan sekelas ketika form 1 dan form 3..cikgu yang amik gambo kelas ni namenya Cikgu Hamid...ajo Math..Bile aku da masuk SDAD selalu gak nampak Cikgu Hamid tunggu anaknya waktu balik dari sekolah...cuma aku x ingat sape namenye serta kelas mane..yg aku ingat Cikgu Hamid tu duduk Taman Bunga Raya...


Tingkatan 5 Pendeta - 1993


Duduk dari kiri – ?, Raha Jaafar, Zarina, Nurul Huda (Nurul), Cikgu Fatizah Jamal (Guru Kelas), Cikgu Hashim Kahat (HM), Mamat, Mohd Najib, Azizi Abdullah, Khairul Nizam (Jepun), Hasbi Mubarak

Berdiri (Tengah) dari kiri – Fatimah, ?, Wati, Hayati Ibrahim (Yati), Rosna Bujairomi,

Berdiri (Belakang) dari kiri – Jayabalan (Balan), ?, Azlan (Lan), ?, Hisham, ?, Zul, ? Amran, ?

Tingkatan 4 Pendeta - 1992


Duduk dari kiri – Zarina, Masliza (Mas), Rosna Bujairomi, Hisham, Cikgu Hashim Kahat (HM), Cikgu Fatizah Jamal (Guru Kelas), Nurul Huda (Nurul), Raha Jaafar (Raha), ?, Norlaila Kanchil

Berdiri (Tengah) dari kiri – Amran, Zul, Fatimah, Hayati Ibrahim (Yati), Wati, ?, ?, ?

Berdiri (Belakang) dari kiri – ?, Mohd Najib, Mamat, Khairul Nizam (Jepun), Hasbi Mubarak, ?, Azizi Abdullah, ?, ?, Jayabalan (Balan), ?

Tingkatan 3P2 - 1991


Duduk dari kiri – Fadilah Shaari (Fa), Siti Salmiah, Roslailatulhani (Ros), Hasilah (Silah), Cikgu Sarnon, Cikgu Habibah (Guru Kelas), Norizan (Nor), Norazlipah, ?, Raja Norashikin

Berdiri (Tengah) dari kiri – Azliza (Cah), Mahazida (G-Da), Erwinhirma, Siti Mariam Hashim (Yam), Mimie Awab, Norlaila Kardi (Lela), June Suhaila (June), Norhayati Ibrahim (Yati), Norazlifah, Nurul Muna (Muna), Rahimah Kamilan (Im), Rosna Bujairomi,

Berdiri (Belakang) dari kiri – Zalina Jalil, Dellia (Dell), Norwati Haris (Wati), Rafezah Razak (Feza), Rodziah, Yuzaini, Hayati Ibrahim (Yati), ?, ?, ?,?, Rosmiza, Norliza Tamin (Liza)

Tingkatan 2P2 - 1990

Duduk dari kiri – Raja Norashikin, ?, Safiah, Rahimah Johdi, Aina, Cikgu Kelas (Tak ingat name), Mimie Awab, Dellia (Dell), Rafeah, Faridah Yusof (Fid), Noraini Hassan

Berdiri (Tengah) dari kiri – Siti Salmiah, Hayati Ibrahim (Yati), Rahimah Kamilan (Im), Norlaila Kardi (Lela), Norhayati Ibrahim (Yati), ?, Zuliana, Rafezah Razak (Feza), Rodziah, ?, Nurul Muna (Muna), Salwa

Berdiri (Belakang) dari kiri – Shalilawati Wahid, Samihatun, Yusliza (Yus), Rosna Bujairomi, Rosmiza, Norazlifah, Khuzaimah Khamis, Azliza (Cah), Mahazida (G-Da), ?, ?, ?

Tingkatan 1P1 - 1989

Duduk dari kiri – Siti Salmiah, Rahimah Johdi, Zalina Jalil, Shahlilawati Wahid, Azliza (Cah), Cikgu Faezah, Hasilah (Silah), Faridah Yusof (Fid), Roslailatulhani (Ros), Rosna Bujairomi, Roslina Roslan

Berdiri (Tengah) dari kiri – Rafeah, Mahazida (G-Da), Siti Mariam Hashim (Yam), Hayati Ibrahim (Yati), ?, June Suhaila (June), ?, Norhayati Ibrahim (Yati), Rafezah Razak (Feza), Rahimah Kamilan (Im), ?, ?, Salwa, Rodziah

Berdiri (Belakang) dari kiri – Salina Jamal (Ujie), Norlaila Kardi (Lela), Norazlipah, Dellia (Dell), ?, ?, ?, Nurul Muna (Muna), Mimie Awab, Norazlifah, Khuzaimah Khamis, Norliza Tamin (Liza), Fadilah Shaari (Fa), Noraiza Leman, Safiah, Samihatun (Atun)

Saturday, January 24, 2009

-scout never die-


Kabooommmmmm...opocot...cheh, siapa pulak yang baling mercun naga ni.."eh ko yang baling mercun tu tadi yea?"...sorang pun x nak mengaku sedangkan masa tu ktorang hanya bertiga jer kat situ. Takkan jembalang pulak yang main mercun.
Itulah salah satu adegan cemas yang pasti takkan dapat aku lupakan sampai bila2. Seperti kebiasaan, setiap tahun tahun pasukan pengakap akan mengadakan perkhemahan di kawasan sekolah dan salah satu dari aktiviti yang paling digemari..operasi burung hantu lah...hehe..junior mmg takut nak hadapi game ni tapi bagi senior mmg ditunggu2lah...masa ni lah nak kenakan dorang...siapa yang lemah semangat mmg pengsan ktorang kerjakan. Masa kejadian letupan mercun tu, aku, Nafie Boy dan Bomba (nama gelaran sebab dia tinggal di berek bomba Muar) bersembunyi dalam kelas belakang bilik guru. Keadaan malam yang gelap gulita tanpa ada sebarang cahaya mmg tpt yang paling sesuai untuk bersembunyi sambil menunggu kehadiran junior2 ni..Cahaya lampu suluh sudah mula kelihatan. Apalagi ktorang mulalah bertindak..masing2 berlakon ala2 jembalang terlepas kandang konon nak menakutkan junior2 ni. Tiba2 satu cahaya letupan berserta bunyi yang bergema memecah suasana riuh rendah tadi lalu bertukar menjadi sunyi sepi...sebab gelap kan..so x nampak lah siapa yang baling mercun tu..bila ditanya sekor2 xnak mengaku..
Bunyi letupan tu kedengaran hingga ke meja urusetia. Operasi burung hantu dihentikan serta merta. Semua peserta game dan senior2 yang menyorok merata2 tempat tu dipanggil balik ke kawasan urusetia.
"uish...sapa yang baling mercun tu yea...sorang pun xnak mengaku ni"...timbul tanda tanya pada diri masing2. Tiba2 aku ternampak beberapa buah kereta peronda polis memasuki perkarangan sekolah. Lampu siren dan tentu lah dinyalakan cuma siren jer yang tak berbunyi. Cara kereta tu diberhentikan pun ala2 nak banteras perompak yang sedang menawan tebusan...kereta x berhenti lagi pintu dah dibukak..wah kes berat ni...ktorang suma diminta berkumpul didalam sebuah kelas untuk disoal siasat. pergh mmg satu pengalaman yang agak getir gak ketika itu...dalam kepala ni risau jer kut sampai ker pengetahuan cikgu...lansung kena gam terus...patutlah polis dtg....rupanya jiran berdekatan sekolah yang buat report..mau taknya..pukul 2 pagi ada bunyi bom...polis tu minta satu jer...seseorang mesti mengaku dan dia takkan besar2kan kes ni ker pengetahuan HM dan pengerusi pengakap,Mambo takkan tidur di balai malam itu.....ish, pun xda jugak yang nak mengaku....dan akhirnya keluarlah seorang hero tampil kehadapan lalu mengaku bahawa dialah yang punya angkara walaupun ketika itu aku tahu bukan dia yang buat sebab dia takda ngan aku masa kat dlm kelas tu. Agak teruk jgk dia kena ceramah ngan polis tu...dah puas bg ceramah polis tu pun blah...
Tuah Bin Senin....inilah orang yang telah menyelamatkan ktorang malam tu...kalau tidak masing2 dah kena tibai ngan HM and Mambo tidur balai. Yang aku betul2 ingat hanya Tuah yang bangkit mengaku, tapi Mambo yang aku temui baru2 ni bagitau, Masni mat punk dan seorang lagi junior Haziq juga turut mengaku. Maklumlah dah dekat senja ni daya ingatan dah agak pudar sikit tapi yang pasti Tuah memang penyelamat kami mlm tu. Apa pun, demi kawan2 mereka sanggup mengaku walaupun bukan dia yang melakukannya. Kepada Tuah, Masni dan Haziq jasa dan pengorbanan ko pada kawan2 akan tetap aku kenang sampai bila2...Dengar cerita sekarang Tuah dah bergelar cikgu...Masni bekerja sebagai Mekanik di Muar..Haziq takda khabar berita. Setelah 15 tahun berlalu, baru sekarang aku tahu...siapa yang sebenarnya baling mercun tu...hehe...

Friday, January 23, 2009

pengawas sesi 92-93


Ini lah dia barisan para petugas yg dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah untuk menjaga keamanan dan menulis nama budak2 yang sampai lewat ke sekolah. Itu antara tugas utama mereka lah selain dari menjaga kantin,ruang koridor setiap kelas dsbnya. Satu pengalaman manis buat aku sebenarnya sebab secara tiba2 dipilih untuk menjadi pengawas sekolah. Tiba2 jer Zuliana Aliman panggil aku kat padang, "Yem,ko kena stop main bola,cikgu nak jumpa ko"...Atas dasar apa pun aku tidak tahu. Nak kata belajar pandai selalu jer dapat no corot. Buat keje sekolah pun selalu tiru member....haha....masa ni lah aku jadi rapat dengan Erwin sebab kami diletakkan di dalam satu kumpulan. Rapat as a friend jer..Erwin ni malu2 orgnya...sebab tu aku selalu sakat dia...Win Win...Ketua pengawas kita waktu ni orangnya agak 60's sket. Suar ketat giler sampai ke kaki tu..bila tengok dia berjalan macam risau jer kot tetiba rabak kat belakang. Tapi tanggungjawab tetap dilaksanakan dengan sempurna. Thank to Norizan untuk pic ni.

Thursday, January 22, 2009

Aku, Sekolah dan Cikgu...

Macam2 gak peristiwa yang aku lalui zaman sekolah. Walaupun time tu x rase pape sangat tapi bila dikenang2 balik baru aku sedar yang sejarah x mungkin berulang...(macam judul lagu new boyz la plak)..Aku pun x sangka betapa lamanya aku bersekolah di sekolah Dato' Sri Amar Diraja ni ...punye lah lame...(1989-1995). Memula daftarkan diri kat SDAD ni..aku cuma kenal Yam ngan Roslina Roslan jer (katner gaknya Roslina sekarang) ..sebabnya aku sama2 sekelas dari SMPB (sebulan lebih jer kat sekolah tu sebelum pindah ke SDAD..x silap, seminggu lepas cuti raye cina gitu..x silap la (betulkan ye Yam kalo salah). Since saat tu aku menjadi warga SDAD hinggalah habis STPM (1995)... lame kan?

Walupun jarak rumah ke sekolah x ler jauh kalau naik bas sekolah, sesekali aku lewat gak sampai sekolah..Bukan sebab bangun lambat, tapi disebabkan bas sekolah yg selalu anta aku paling last..lagi satu bukan juga sebab x cuba naik bas biase..tp problem gak sbb kena naik 2 bas...yg tension nyer bas pun x mau berenti kalau ditahan..(agaknya time tu saing ngan org pegi keje kot...takat amik bdk sekolah tambang baru 20 sen jer time tu dr rmh ke bandar) pastu naik lak bas jln hj jaib..lagi la lambat aku sampai...so selalu gak la kena tulis nama...(nak buat camne ...na tulis, tulis la...)

Bile aku tgk gambar cikgu2 dlm blog ni, aku teringat2 time cikgu-cikgu tu mengajar he he termasuklah cikgu-cikgu yang aku sebut kat bawah ni:

Cikgu Fatimah - masa aku form 4 dia mengajar Pendidikan Islam...time kelas dia jer..aku selalu gak tolong salin nota kat greenboard tu (macam cikgu la plak asenyer time tu...) pastu kengkawan lain kena salin dlm buku memasing...aku lak dapat bawak balik nota cikgu he he..

Cikgu Tan Tin Hock - Cikgu Tan ni kekadang dlm kelas nampak gak keseriusannya n kekadang suka gak buat lawak...perkataan yang aku paling ingat bile kelas BI, dia suke sebut "MUNASARAWAK / X MUNASARAWAK" (ganti perkataan munasabah)..pastu dalam kelas dia suke buat kuiz spelling...

Cikgu Fatizah Jamal - Cikgu fatizah ni merangkap guru kelas la mase form 4..antara yg paling aku ingat tang cikgu ni...time HARI TERBUKA..(hari paling aku tak suka)..tiba turn aku selalunya komen dia kat arwah abah aku, aku ni kalau bercakap antara dengar ngan tidak jer..kat kelas kira pasif la hu hu balik rumah apalagi aku kene leter..tapi tu cite zaman sekolah la..sekarang aku pun da berubah tak lagi pendiam cam dulu kot..masa berubah manusia pun berubah ye tak?

Apa lagi erk..mungkin takat ni dulu kot sepalit memori yg terbayang kat fikiran aku time ni..

Dulu dan kini


Inilah antara wajah2 yang telah melalui proses transformasi sepenuhnya. Mereka tidak minta untuk jadi begini. Keadaan persekitaran lah yg menjadi punca segala2nya. Bukan mereka sahaja, aku pun tidak terkecuali malah rakan2 yang lain pun begitu juga. Baru 15 tahun tidak berjumpa dah begini jadinya. Cuba bayangkan bila 30 tahun baru nak mencari kawan2 lama. Masa tu silap2 berselisih bahu pun buat tak reti jer...Itu pun kalau umur masih panjang. Jadi,kesempatan masih ada..moh lah kiter..

Jasamu Tetap Dikenang


-GURU-

PELIHARAKAN KAKI SEMASA BERJALAN,
PELIHARAKAN LIDAH SEMASA BERKATA;
SABDA NABI DIJADIKAN PANDUAN,
TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE CHINA.

BELAYAR BERNAKHODA,
BERJALAN DENGAN YANG TAHU;
KETIKA ILMU DITIMBA,
BIARLAH KITA BERGURU.

TERATAI MELATI MELUR DAN MAWAR,
BUNGA-BUNGAAN HARUM DAN WANGI;
GURU LAKSANA PELITA PELAJAR,
PENYULUH KEGELAPAN PENERANG HATI.

DI MANA ADA KEMAHUAN,
DI SITU ADA JALAN;
JASAMU GURU TAK AKAN DILUPAKAN,
BUDIMU GURU SENTIASA DALAM INGATAN.

Tuesday, January 20, 2009

oh DATO'ku


"Mak..sakit perut lah". Jam dah 7 pagi, aku mula buat perangai tak nak pegi sekolah tadika. Mak aku biarkan ajer. Kedengaran diluar bilik orang sedang sibuk memasak untuk makan budak2 sekolah waktu rehat. Ini lah rutin aku seharian. Seawal jam 4 pagi lagi sudah pergi ke sekolah. Bukan pergi belajar,tapi sambung tidur di setor kantin. Mak aku mengambil tender kantin sekolah Dato' sejak 1979 lagi sehingga 1985, dan semenjak berumur 6 tahun lagi aku telah menjejakkan kaki ke lapangan Sekolah Dato' ni.
Pak Mat tukang kebun...erm...ni lah kawan aku setiap kali pulang dari tadika. Lepas tukar baju terus cari Pak Mat. Sebabnya,aku cukup suka dengan mesin rumput Pak Mat lebih2 lagi bila enjinnya dihidupkan. Kira macam budak jakun lah tengok enjin kecik yang boleh disandang dibelakang. Pendek kata di mana ada Pak Mat di situ lah aku. Mak mmg tak pernah risau jika aku berjalan sendirian di kawasan sekolah sebab ramai kawan2 dewasa. Kebanyakan nya kakitangan sekolah. Dorang jer yg rajin melayan aku.
"Berahim..meh pergi sembahyang sama meh"..inilah jeritan yg selalu berkumandang tatkala masuk waktu zohor dan asar. Cikgu Ibrahim namanya atau senang dipanggil Cikgu Berahim. Salah seorang cikgu yang mengajar subjek pendidikan islam ketika itu. Berserban besar ala2 pasukan al-Arqam gitu. Biasalah mengaji pondok. Aku dilayan seperti anak sendiri, sama seperti Pak Mat. Mungkin boleh dapat makan free di kantin agaknya.
Tahun 89 bermulanya sesi persekolahan menengah. Tingkatan 1 merupakan tahun 'shock culture' bagi aku atau didalam bahasa perancisnya 'kejutan budaya' sebab pertama kali bersekolah campur setelah betul2 berjiwa seorang lelaki hehe. Baru 10 hari dah pandai main kejar2...kejar aweks...siapa aweks tu?jeng2.....hah lu org fikirlah sendiri.
Masuk tingkatan 2 dah pandai pakai gel kat rambut semata2 nak bagi jambul kekal sampai ke petang namun satu peristiwa hitam telah menyebabkan aku serik terus tak nak pakai gel rambut. Cikgu Berahim yang aku sebutkan tadi, cukup benci dengan orang yg pakai gel rambut. Tak halal katanya. Tak boleh dibawa sembahyang. Maka pada suatu hari, beliau telah melakukan gerak khas the movie ke semua kelas mencari pengguna2 gel ni. Erm aku terkantoi sekali hua hua hua..Kami semua telah dibawa ker tempat berwuduk di surau dan diberikan sabun FAB BUKU...diulang...FAB BUKU utk mencuci kepala masing2...adus...betapa tinggi kandungan asidnya rambut terus jadi keras..hah nak keras sangat katanya..ambik kau...mujur tak diberinya sabun mandi mayat cap kapak tuuh...so terjawablah sudah mengapa aku biarkan kepalaku botak hingga kini...
Tahun ini jugalah menjadi tahun yg amat bermakna bagi aku sebab buat pertama kalinya dirotan secara duet di khalayak ramai..hehe...rakan duet aku,Hairulnizad Husin. Berpunca dari salah faham Ckgu Berahim ke atas kami...huuuu...solat zohor berjamaah aku dan Ijad berada di saf yg kedua. Nak jadi cerita budak yg berada di saf belakang bermain sepak2 kaki ketika rukuk. Cikgu Berahim tersilap pandang agaknya (waktu rukuk leh tgk belakang tuhh)...maka kami lah yang kena...zassssss..2 sebatan setiap seorang. Itulah yang pertama dan terakhir disebat di khalayak ramai...mujur xda perempuan masa tu, kalau tidak jatuh saham dah lah gel tak leh pakai..walaubagaimanapun peraturan harus diikut.
Aku amat berterima kasih pada Cikgu Berahim atas jasanya mendidik aku biarpun secara tidak lansung namun perhatian yg diberikan walaupun sedikit ianya sudah cukup memadai. Dimana Cikgu Berahim sekarang? aku pun tidak tahu...

Sunday, January 18, 2009

Persatuan Puteri Islam


Duduk dari kiri - Norizan, Salwa, Puan Ainon, Norliza dan Hazlifah. Berdiri kat belakang aku cuma kenal Salina aka Ujie, dua dari kiri. Yang lain2 junior yang tak tau nama.

Tingkatan 5 Dedikasi


Ketua tingkatan kelas ni saiz dia sekarang dah sama macam HM kita yg duduk sebelah dia tu.Rasanya dua kali ganda kut...hehe. Asra, antara bekas pelajar SDAD yg paling hampir tpt tinggalnya dgn aku skrg. Dekat sesangat dan kebetulan anak2 kami tinggal di taska yg sama. Macamlah takda tempat lain nak duduk. Masa mula2 jumpa dia kat sini agak terkejut jugak dibuatnya, bygkan dua kali ganda HM hehe. Selain Asra, Suhana juga tinggal berdekatan lebih kurang 12km perjalanan. Yang lain2 masih berada di sekitar lembah klang dan ramai juga di Muar malah JB.

Tingkatan 5 Cendikiawan

Wah ramainya amoi, kira ok lah tu campur amoi dan gadis melayu. Masa aku form 3 amoi2 ni semua satu kelas ngan aku. Ada salah sorang dari amoi ni yg kitaorang panggil 'prostitute'..istilah yang agak sopan dalam BI berbanding BM. Yang besnya dorang ni semua muka selamba jer, buatlah apa pun kat dorang. Tp jangan disangka air yang tenang tiada biawak komodo, Ijad pernah kantoi ngan cikgu sebab tengok gambar ermmmm..gambar aper yea...erm lu orang fikir lah sendiri...aku pun tengok sekali kwang kwang kwang...dorang ni lah yang report kat cikgu...keh keh keh...manalah Ijad sekarang ni yea...dah semakin tinggi agaknya sama tinggi ngan pokok cherry belakang rmah dia yang kitaorang selalu panjat untuk menikmati keindahan alam disamping menjadi tempat budak2 nakal kampung menggantung basikal aku...jenuh mencari time balik sekolah...

Tingkatan 5 Sarjana


Atas ehsan Lela, akhirnya dapat jugak aku menatap gambar kelas aku ni,memang terlalu klasik,muka pun masing2 klasik dan retro jer,tak caya cuba tengok rambut budak yg tertulis di dadanya 'Khalil' tu..hehe..ini ajer yg ada dan ianya adalah lebih baik dari takda lansung. Terima kasih Lela atas usaha bakti yg ko curahkan. Siap ada tulisan nama masing2 lagi. Hasil tulisan tangan Samihatun bak kata Lela lah. Pen ketua tingkatan tu lah hero bolasepak kitaorang, mempunyai rembatan yg cukup padu walaupun saiznya kecik jer. Helmi Keling gelaran diberi. Kenapa digelar sebegitu?cubalah renungkan wajahnya dengan teliti dan penuh kekusyukan. Lastman tak lain tak bukan si Khalil lah, tulang keting besi, pantang lawan bawak bola nak ditakiknya ajer, yg lain2 hanya sekadar membantu saja lah termaksuklah aku yang kaki bangku ni jugak hahaha. Dah lama tak dengar criter tentang cikgu Sahrom. Dmanakah dia sekarang yea? Antara cikgu muda yg paling sporting. Kalau lah dia seorang wanita ermmmm....

lagu sekolah

Maju Jaya Muda Dan Belia,
Tunas Harapan Bangsa,
Tunaikan Lah Bakti Mudi Muda,
Untuk Nusa Dan Bangsa ,
Masa Hadapan Gilang Gemilang,
Isi lah Itu Peluang,
DATO' SRI AMAR DI RAJA,
Pelambang Sekolah Kita ,
Bersungguh Kita Menuntut Ilmu,
Supaya Negara Kita Maju,

Assalamualaikum. Diam tak diam sudah hampir memasuki tahun ke-16 kita meninggalkan sekolah kita. Mungkin ramai yang sudah terlupa atau memang saja2 melupakan sekolah terakhir tpt kita menimba ilmu dsbnya. Bukan itu sahaja, malah mungkin gambaran tentang rakan2 seusia kita sudah terlalu jauh dari sudut memori masing2. Dan untuk itu, diharap hamparan 'blog' ini dapatlah kiranya kita mengembalikan semula kenangan dan memori kita di SDAD disamping dapat memupuk kembali ukhwah dan silaturrahim antara kita.Kepada bekas2 pelajar SDAD terutama batch 89-93, dapatlah kiranya meluangkan masa dan sama2 berganding bahu untuk memenuhkan apa jua informasi mengenai rakan2 atau pun tentang sekolah mahupun bekas guru2 kita.
Salam....