Saturday, August 15, 2009

kisah berkawan


kata mak, KAWAN tu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang....... kata abah, KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit..... kata atuk, KAWAN tu seperti air terus mengalir..... kata nenek, KAWAN tu bak bulan dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana.... kate sedare, kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!! kata abang, KAWAN tu seperti lembu mengikut saje ape dikata........ kata kakak, KAWAN tu tak ubah macam durian bau je busuk tp sedap dimakan.... kata adik, KAWAN tu macam biskut sekejap ade sekejap takde....... kata aku, kawan tu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!! dia tetap kawan... tau tak sebab ape??? sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan aku... itu cara aku...berkawan biar beribu...'bercinta' hanya pada yang 'SATU'...

Tuesday, August 11, 2009

mesyuarat #1 8-8-2009 ( projek perhimpunan bekas pelajar sdad semua sesi )


Tercapai jua hajat untuk mengadakan mesyuarat pertama bagi projek perhimpunan bekas pelajar sdad. Lama dok pikir bilalah date yang sesuai, akhirnya berkumpul jugak. Pada awalnya aku tak begitu yakin dengan kehadiran ahli, tak kira, 5 org pun meeting tetap jalan. Wah...sorang demi sorang mari dan kami mulakan meeting dengan 16 orang ahli mesyuarat. Jumlah kehadiran yang tak disangka2. Antara yang hadir adalah Amie Yusnorida,Hanafiah Boy,Abd Rasid, Zaleha, Hazar Jawa, Sukhairi Chort, Abd Kadir, Azliza Adan, Hazrin Hamdan,Khaizan Khamis, Huzaimi, Faizal Mahat, Muzamil, Nazir Mambo dan Hazlie...hah ngam 16 org termasuk aku sendiri. Semuanya dari berlainan tahun sesi persekolahan. Itu yang membuatkan ianya nampak menarik. Kalau dulu masa sekolah tak terfikir pun nak kamcing dengan orang2 yang senior atau junior dari kita. Tapi keadaan malam tu berlainan sekali. Kami bergurau senda seperti masing2 sudah begitu kamcing antara satu sama lain. Suasana memang cukup meriah. Tak dapat digambarkan kalau projek ini betul2 menjadi kenyataan...tentu sesuatu kenangan manis yang boleh dikenang sampai bila-bila. Boleh jadik ker....erm berdasarkan komitmen yang diberikan oleh setiap ahli mesyuarat pada malam tu...aku rasa tentu boleh jadik, dengan berkat semangat setiakawan antara kita, insyaAllah semua yang dirancang boleh menjadi kenyataan.

* meeting seterusnya akan diadakan pada 26 September 2009 ( raya ke-6 ) bertempat di rumah Yem (aku ler tuh) no 44 kg kelantan, muar...semua dijemput hadir, kehadiran ajk diwajibkan.