Saturday, January 24, 2009

-scout never die-


Kabooommmmmm...opocot...cheh, siapa pulak yang baling mercun naga ni.."eh ko yang baling mercun tu tadi yea?"...sorang pun x nak mengaku sedangkan masa tu ktorang hanya bertiga jer kat situ. Takkan jembalang pulak yang main mercun.
Itulah salah satu adegan cemas yang pasti takkan dapat aku lupakan sampai bila2. Seperti kebiasaan, setiap tahun tahun pasukan pengakap akan mengadakan perkhemahan di kawasan sekolah dan salah satu dari aktiviti yang paling digemari..operasi burung hantu lah...hehe..junior mmg takut nak hadapi game ni tapi bagi senior mmg ditunggu2lah...masa ni lah nak kenakan dorang...siapa yang lemah semangat mmg pengsan ktorang kerjakan. Masa kejadian letupan mercun tu, aku, Nafie Boy dan Bomba (nama gelaran sebab dia tinggal di berek bomba Muar) bersembunyi dalam kelas belakang bilik guru. Keadaan malam yang gelap gulita tanpa ada sebarang cahaya mmg tpt yang paling sesuai untuk bersembunyi sambil menunggu kehadiran junior2 ni..Cahaya lampu suluh sudah mula kelihatan. Apalagi ktorang mulalah bertindak..masing2 berlakon ala2 jembalang terlepas kandang konon nak menakutkan junior2 ni. Tiba2 satu cahaya letupan berserta bunyi yang bergema memecah suasana riuh rendah tadi lalu bertukar menjadi sunyi sepi...sebab gelap kan..so x nampak lah siapa yang baling mercun tu..bila ditanya sekor2 xnak mengaku..
Bunyi letupan tu kedengaran hingga ke meja urusetia. Operasi burung hantu dihentikan serta merta. Semua peserta game dan senior2 yang menyorok merata2 tempat tu dipanggil balik ke kawasan urusetia.
"uish...sapa yang baling mercun tu yea...sorang pun xnak mengaku ni"...timbul tanda tanya pada diri masing2. Tiba2 aku ternampak beberapa buah kereta peronda polis memasuki perkarangan sekolah. Lampu siren dan tentu lah dinyalakan cuma siren jer yang tak berbunyi. Cara kereta tu diberhentikan pun ala2 nak banteras perompak yang sedang menawan tebusan...kereta x berhenti lagi pintu dah dibukak..wah kes berat ni...ktorang suma diminta berkumpul didalam sebuah kelas untuk disoal siasat. pergh mmg satu pengalaman yang agak getir gak ketika itu...dalam kepala ni risau jer kut sampai ker pengetahuan cikgu...lansung kena gam terus...patutlah polis dtg....rupanya jiran berdekatan sekolah yang buat report..mau taknya..pukul 2 pagi ada bunyi bom...polis tu minta satu jer...seseorang mesti mengaku dan dia takkan besar2kan kes ni ker pengetahuan HM dan pengerusi pengakap,Mambo takkan tidur di balai malam itu.....ish, pun xda jugak yang nak mengaku....dan akhirnya keluarlah seorang hero tampil kehadapan lalu mengaku bahawa dialah yang punya angkara walaupun ketika itu aku tahu bukan dia yang buat sebab dia takda ngan aku masa kat dlm kelas tu. Agak teruk jgk dia kena ceramah ngan polis tu...dah puas bg ceramah polis tu pun blah...
Tuah Bin Senin....inilah orang yang telah menyelamatkan ktorang malam tu...kalau tidak masing2 dah kena tibai ngan HM and Mambo tidur balai. Yang aku betul2 ingat hanya Tuah yang bangkit mengaku, tapi Mambo yang aku temui baru2 ni bagitau, Masni mat punk dan seorang lagi junior Haziq juga turut mengaku. Maklumlah dah dekat senja ni daya ingatan dah agak pudar sikit tapi yang pasti Tuah memang penyelamat kami mlm tu. Apa pun, demi kawan2 mereka sanggup mengaku walaupun bukan dia yang melakukannya. Kepada Tuah, Masni dan Haziq jasa dan pengorbanan ko pada kawan2 akan tetap aku kenang sampai bila2...Dengar cerita sekarang Tuah dah bergelar cikgu...Masni bekerja sebagai Mekanik di Muar..Haziq takda khabar berita. Setelah 15 tahun berlalu, baru sekarang aku tahu...siapa yang sebenarnya baling mercun tu...hehe...

11 comments:

  1. yem... lu pun scout ek...hehehe...budak2 scout main lastik jer...budak2 gua main pistol....hehehehe...

    ReplyDelete
  2. wa punya lastik smpan dlm kocek beb..lu punya pistol simpan dlm suar..nak kuarkan kena bukak tuuuutttttttttt...itu pasal wa pilih scout...

    ReplyDelete
  3. eh...x de ke gambar yg ada hubby aku 'encik hassan'.teringin aku nak tgk gambar dia mase dulu2.maklumlah...dulu2 aku x kenal dia..masa kat itm yg aku rapat dgn dia.

    ReplyDelete
  4. yer ker ko x knal ngan hasan boy masa dulu...kn sbelah class jer...nk gambo hubby ko kena mintak kt cikgu surohiddin...dia ada simpan...hubby ko kn kesayangan dia...hehehehe

    ReplyDelete
  5. nantilah aku scan lagi dalam buku sekolah...dalam gbr persatuan ragbi dia ada kut

    ReplyDelete
  6. nk perbetul sikit ..tang junior tu namanya bukan haziq..tp Faziq...dia ni adik Fairus a.k.a Congo... Setau aku la, pada malam kejadian tu.. sebelum Tuah muncul buat pengakuan yang dia bakar mercun tu...ada yang kata bunyi bom tu adalah bunyi tin minyak tanah kene baling...nk tergelak jugak bila teringat jawapan "cover line" tu... tp pada malam tu tak silap aku Mambo kene soal kat depan dgn polis tu hanya dengan berkain pelikat(baru kuar toilet)....Btul tak Mambo?? hehehe

    ReplyDelete
  7. abg jemm..ni yang aku jeles ni...gambo ni time tu aku baru form 2..sebab tu aku takde dlm ini gambar... sume dalam pic tu aku tau nama..kecuali cikgu yg pakai songkok tu ..lupa la nama dia..al fatihah untuk AY Cikgu Razali .... masih teringat tagline arwah...RISIKO...

    ReplyDelete
  8. hehe jgn mare...yelah ko kecik lagi masa tu..mlm kejadian bom meletup tu mmg kenangan paling berharga lah buat aku...smpai skrg aku ingat..mlm tu lau xda yang mengaku mmg mambo tdo lokap lah hahaha

    ReplyDelete
  9. Al Fatiha..aku tatau pon Cikgu Razali dh meninggal..Dia ajor aku Bahasa Melayu...selain dari `RISIKO`, aku suke dengor dia kata `ANDA`...

    ReplyDelete
  10. dan ada satu lagi trademark arwah cikgu razali yg mmg terlalu sinonim dgn beliau...al-fatihah buat arwah moga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman...

    ReplyDelete
  11. aku tau dah yem...... dan trademark tu kekal sampai arwah meninggal..... al-fatihah

    ReplyDelete