Sunday, March 7, 2010

MAJLIS PERJUMPAAN BEKAS PELAJAR, 6 MAC 2010

Assalamualaikum, setelah sekian lama saya menyepikan diri dari arena tarian jari jemari di persada blog, dan kini saya kembali. Perasaan masih amat teruja dengan majlis yang baru berlansung semalam membuatkan saya tidak sabar2 untuk mencoret sesuatu.

Sabtu ,6 Mac 2010. Seperti yang digembar gemburkan sebelum ini oleh pihak ajk penaja, maka majlis yang ditunggu-selama ini malah dengan perancangan yang dikira agak lama diambil untuk menjayakan sesuatu majlis akhirnya terlaksana jua. Bayangkan, untuk mengumpul bekas pelajar dari pelbagai sesi tahun persekolahan adalah amat sukar jika dikira dari segi logikanya, namun berkat usaha yang diberikan oleh semua pihak, disokong pula oleh semangat persahabatan dan cinta pada sekolah, maka ianya tidaklah mustahil untuk dijayakan. Hubungan akrab antara bekas pelajar walaupun dari sesi yang berlainan,umur yang berbeza, namun 5 tahun adalah satu tempoh yang cukup lama untuk kami mengenali antara satu sama lain. Kami adalah abang,kakak,adik dan sahabat. Merapatkan kembali silaturrahim dan jurang antara kami ,itulah tujuan utama majlis ini diadakan.
Majlis telah bermula sekitar jam 1:30 tengahari dimana bekas pelajar telah mula mendaftarkan diri dan mengisi butir2 peribadi, diikuti kehadiran beberapa guru yang saya sendiri tidak menyangka akan kehadirannya. Antaranya Cikgu Irene, Cikgu Shirley Sim, Cikgu Shahrom dan beberapa lagi guru.

Pembukaan majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Muzamil Bin Katemon diikuti dengan ucapan Tuan Pengerusi iaitu saudara Mohd Nazir Bin Abdullah. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua , Encik Zulkiffli Bin Ismail. Beliau merupakan pengetua yg -15, telah mula berkhidmat di Sekolah Dato Sri Amar sejak sekitar tahun 2007. Atas jasa beliau jugalah, banyak perubahan yang telah berlaku di sekolah. Paling ketara adalah pembinaan bangunan2 baru bilik darjah, pengubahsuaian dan menaik taraf infrastruktur. Ternyata memori ketika berada disekolah suatu ketika dahulu tidak akan dapat dirasai apabila kita berada di halaman sekolah ketika ini. Terlalu banyak perubahan yang berlaku namun perubahan harus dipergiatkan, sejajar dengan peredaran masa dan demi pembangunan sahsiah generasi akan datang.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut. Secara peribadi, saya sendiri mengidamkannya setelah sekian lama menanti dan saya percaya anda juga mempunyai perasaan yang sama. Pepatah klasik pernah berbunyi, "kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Belum cuba belum tahu, untuk merealisasikan sesuatu perlukan usaha, tidak dengan hanya kata-kata.

Sekian...