Sunday, March 22, 2009

akhirnya impianku menjadi kenyataan...





GINA FINANZA....bangsa apakah dia? Benggali, Portugis, Mexico...erm sumanya tak tepat...dulu masa sekolah itu lah yang mmg aku selalu fikirkan..at last apa aku kisah..lantaklah dia bangsa apa pun yang penting boleh bercakap melayu dengan fasih dan senang untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Aku pasti ramai diantara kita yang mengenali Gina ni. Senior kita setahun. Dulu dia agak glamer gitu lah mungkin sebab nama dia yang paling pelik ada kat SDAD masa tu hehe. Nama sebenar Gina Finanza Angelia binti Daud....allamak...sekali melayu daaa...cheh..macam mana aku boleh jumpa dia...baca cerita aku ni sampai habis...

Sukan permotoran yang aku paling minat..2 ajer, track or road race dan rally ( off road ).Setiap kali menonton perlumbaan track dan rally pasti aku akan membayangkan apakah perasaan yang sebenar bila kita berada dalam kokpit sesebuah kereta lumba..hah mulalah berangan jadi seorang racer..kalau main playstation dah tentu lah cd WRC jadi pilihan utama.

Satu hari, si Gina ni pm aku kat FB chatbox. Dia sangkakan aku ni Ayem clasmate dia dulu. Rupa2nya salah orang daaa..tp oleh kerana kita org Johor ni kan peramah, so ktorang berborak lah sampai terkeluar cerita yang dia involve dalam sukan rally. Secara kebetulan incoming week dia nak perform kat sepang off road track, dan yang buat aku rasa terharu sangat bila aku dipelawa untuk datang give support and ni yang paling aku tak sangka lah.."jgn lupa bawak helmet" katanya..wah pucuk dicita ulam mendatang...masa ni lah aku nak try test tgk tahap mana aku boleh rembeskan hormon adrenalin aku untuk mengatasi ketakutan bila berada dalam kereta rally. Driver perempuan pulak tu..leh percaya ker ni..erkkk...ngerinya...dah mcm rancangan fear factor dah ni...

Hari ini 22hb Mac 2009. Tepat jam 10 pagi aku dah terpacul kat sepang parking D. Gina call.."ko kat mana?...aku kat khemah ni ha..."...erm...pertemuan pertama aku dengan Gina setelah 15 tahun tak jumpa..orangnya friendly tetap macam dulu..cuma dulu aku tak pernah tegur dia sebab...sebab apa lagi sebab nama dia lah..mcm nama orang eropah gitu tapi bersekolah kat kampung kwang kwang kwang....

Jam 11 pagi, aku melabuhkan punggung aku di kerusi co-driver Satria 1.8GSR milik Gina. Seat belt jenama OMP aku ketatkan agar tak terhumban ke depan atau kepala cecah bumbung kalau kereta terbalik..itu antara langkah2 keselamatan driver dan co-driver yang perlu dititikberatkan selain tahap keselamatan dan kestabilan kereta itu sendiri..bagi aku kereta Gina dah cukup serba serbi...rasa macam tak percaya bila dikelilingi oleh roll cage..hakikatnya memang aku benar2 berada di dalam kereta rally. Tuhan saja yang tahu perasan cemas dan takut tapi takkan nak tunjuk depan Gina...malu beb...kang tak pasal2 kena kutuk..

Bagi aku Gina memang selesa dengan sukan ni..teknik pemanduan dengan skill hand brake turn benar2 membuatkan aku nak duduk lagi kat kerusi co-driver tu lau ada peluang lagi di masa akan datang... To Gina, aku doakan moga ko berjaya dalam bidang yang ko ceburi..chiow...

Saturday, March 21, 2009

pejam celik pejam celik

salam...erm pejam celik pejam celik, sekejap jer dah masuk bulan 3..dan sedar tak sedar dah sebulan lebih aku tak menulis dalam blog ni, sekadar manage mana2 komen yg perlu di-moderate jer dan tokok tambah sana sini..rasa macam baru semalam jer create blog..kebelakangan ni aku banyak concentrate pada facebook jer, bukan apa, seronok melayan kawan2 sdad dalam FB baik yg junior mahupun senior,yang best dengan senior yang 10 tahun beza umur pn leh jadik kawan tuhh hehe..ntah dari mana muncul...itu yang aku respect bebenor pada pencipta FB..boleh jumpa balik kawan2 lama..bincang itu ini..yang paling kelakar, aku ada berborak dengan sorang senior kita, dah berhari2 chatting sekali dia tanya aku, 'you 1 batch ngan mambo ker'...aku jwblah yea..rupanya dia kakak mambo daaaa...haha..ex-sdad gak..tapi super senior la...
See, zaman dah semakin maju kan..dunia IT pesat membangun..so apa salahnya kan kita guna dan explore kemudahan yang ada untuk tujuan kebaikan disamping merapatkan kembali hubungan yang telah lama renggang..lagipun ianya service percuma..aku teringat yang mula2 plan nak jumpa balik kwn2 lama ni masa raye tahun lepas..1st gathering kat rumah aku kat Kg Kelantan..lepas tu tak berenti start cari mmber dan aku rasa sekarang dah lebih target geng2 yg dah dapat dikesan...baik senior mahupun junior...ada yang masih ingat dan ada yang masih samar2...maklumlah berbelas tahun memori terpadam. Walau apa pun, pencarian akan tetap diteruskan..masih ramai yang bersepah sana sini..
Yang pasti..kenangan zaman sekolah pasti tidak akan dapat dilupakan oleh semua orang, kenangan tu tak ternilai harganya kalau nak dibandingkan dgn nilai wang ringgit dan yang paling best kalau suma kenangan tu dapat dikongsi bersama..tgk mcm gbr rantai tu, dah berkarat pun masih terikat antara satu sama lain...begitulah hendaknya kita...chau chin chau...