Tuesday, April 7, 2009

ex-student SDAD gathering 2009 - all batch

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Merujuk kepada tajuk topik, pihak commitee ahli jawatankuasa penaja telah bersepakat untuk menganjurkan gathering di Sekolah Dato Sri Amar Diraja Muar di penghujung tahun ini. Perancangan meliputi :

1) Mengadakan sukaneka bermula jam 8 - 12 tghari di padang sekolah.
2) Menganjurkan majlis makan malam beserta penyampaian hadiah untuk acara sukaneka yang akan dihadiri oleh Pengetua dan beberapa guru. Lain2 acara waktu majlis makan malam akan dibincangkan kemudian.

item 1 & 2 akan diadakan pada hari yang sama.

antara ahli jawatankuasa penaja untuk merealisasikan plan ini terdiri dari:

1) PENGERUSI - En Nazir ( MAMBO ) hp 0166438137
2) NAIB PENGERUSI - En Sukhairi ( CHOT ) hp 0126241786
3) SETIAUSAHA - En Ibrahim ( YEM ) hp 0122410366
4) BENDAHARI - En Muzzamil Katemon ( IJAM ) hp 0122700766
5) AJK - Nafie ( BOY ) hp 0122799814
Abd Kadir
Kaharudin
Faizal ( KUDUT )
Hazrin Hamdan ( DULANG )

Bagi yang sudi untuk sama2 memeriahkan majlis itu nanti, sila berikan nama penuh, nickname, no telefon, tahun sesi persekolahan dan alamat terkini dan hantarkan pada email address saya : ibrahim_276@yahoo.com

Semua data2 yang diberi akan direkodkan ke dalam database saya disamping untuk tujuan bancian agar mudah bagi pihak comittee di Muar mengira peruntukan yang diperlukan.

Sekian
Ibrahim Mohamed Nasir
email - ibrahim_276@yahoo.com
h/p 0122410366

Sunday, March 22, 2009

akhirnya impianku menjadi kenyataan...





GINA FINANZA....bangsa apakah dia? Benggali, Portugis, Mexico...erm sumanya tak tepat...dulu masa sekolah itu lah yang mmg aku selalu fikirkan..at last apa aku kisah..lantaklah dia bangsa apa pun yang penting boleh bercakap melayu dengan fasih dan senang untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Aku pasti ramai diantara kita yang mengenali Gina ni. Senior kita setahun. Dulu dia agak glamer gitu lah mungkin sebab nama dia yang paling pelik ada kat SDAD masa tu hehe. Nama sebenar Gina Finanza Angelia binti Daud....allamak...sekali melayu daaa...cheh..macam mana aku boleh jumpa dia...baca cerita aku ni sampai habis...

Sukan permotoran yang aku paling minat..2 ajer, track or road race dan rally ( off road ).Setiap kali menonton perlumbaan track dan rally pasti aku akan membayangkan apakah perasaan yang sebenar bila kita berada dalam kokpit sesebuah kereta lumba..hah mulalah berangan jadi seorang racer..kalau main playstation dah tentu lah cd WRC jadi pilihan utama.

Satu hari, si Gina ni pm aku kat FB chatbox. Dia sangkakan aku ni Ayem clasmate dia dulu. Rupa2nya salah orang daaa..tp oleh kerana kita org Johor ni kan peramah, so ktorang berborak lah sampai terkeluar cerita yang dia involve dalam sukan rally. Secara kebetulan incoming week dia nak perform kat sepang off road track, dan yang buat aku rasa terharu sangat bila aku dipelawa untuk datang give support and ni yang paling aku tak sangka lah.."jgn lupa bawak helmet" katanya..wah pucuk dicita ulam mendatang...masa ni lah aku nak try test tgk tahap mana aku boleh rembeskan hormon adrenalin aku untuk mengatasi ketakutan bila berada dalam kereta rally. Driver perempuan pulak tu..leh percaya ker ni..erkkk...ngerinya...dah mcm rancangan fear factor dah ni...

Hari ini 22hb Mac 2009. Tepat jam 10 pagi aku dah terpacul kat sepang parking D. Gina call.."ko kat mana?...aku kat khemah ni ha..."...erm...pertemuan pertama aku dengan Gina setelah 15 tahun tak jumpa..orangnya friendly tetap macam dulu..cuma dulu aku tak pernah tegur dia sebab...sebab apa lagi sebab nama dia lah..mcm nama orang eropah gitu tapi bersekolah kat kampung kwang kwang kwang....

Jam 11 pagi, aku melabuhkan punggung aku di kerusi co-driver Satria 1.8GSR milik Gina. Seat belt jenama OMP aku ketatkan agar tak terhumban ke depan atau kepala cecah bumbung kalau kereta terbalik..itu antara langkah2 keselamatan driver dan co-driver yang perlu dititikberatkan selain tahap keselamatan dan kestabilan kereta itu sendiri..bagi aku kereta Gina dah cukup serba serbi...rasa macam tak percaya bila dikelilingi oleh roll cage..hakikatnya memang aku benar2 berada di dalam kereta rally. Tuhan saja yang tahu perasan cemas dan takut tapi takkan nak tunjuk depan Gina...malu beb...kang tak pasal2 kena kutuk..

Bagi aku Gina memang selesa dengan sukan ni..teknik pemanduan dengan skill hand brake turn benar2 membuatkan aku nak duduk lagi kat kerusi co-driver tu lau ada peluang lagi di masa akan datang... To Gina, aku doakan moga ko berjaya dalam bidang yang ko ceburi..chiow...

Saturday, March 21, 2009

pejam celik pejam celik

salam...erm pejam celik pejam celik, sekejap jer dah masuk bulan 3..dan sedar tak sedar dah sebulan lebih aku tak menulis dalam blog ni, sekadar manage mana2 komen yg perlu di-moderate jer dan tokok tambah sana sini..rasa macam baru semalam jer create blog..kebelakangan ni aku banyak concentrate pada facebook jer, bukan apa, seronok melayan kawan2 sdad dalam FB baik yg junior mahupun senior,yang best dengan senior yang 10 tahun beza umur pn leh jadik kawan tuhh hehe..ntah dari mana muncul...itu yang aku respect bebenor pada pencipta FB..boleh jumpa balik kawan2 lama..bincang itu ini..yang paling kelakar, aku ada berborak dengan sorang senior kita, dah berhari2 chatting sekali dia tanya aku, 'you 1 batch ngan mambo ker'...aku jwblah yea..rupanya dia kakak mambo daaaa...haha..ex-sdad gak..tapi super senior la...
See, zaman dah semakin maju kan..dunia IT pesat membangun..so apa salahnya kan kita guna dan explore kemudahan yang ada untuk tujuan kebaikan disamping merapatkan kembali hubungan yang telah lama renggang..lagipun ianya service percuma..aku teringat yang mula2 plan nak jumpa balik kwn2 lama ni masa raye tahun lepas..1st gathering kat rumah aku kat Kg Kelantan..lepas tu tak berenti start cari mmber dan aku rasa sekarang dah lebih target geng2 yg dah dapat dikesan...baik senior mahupun junior...ada yang masih ingat dan ada yang masih samar2...maklumlah berbelas tahun memori terpadam. Walau apa pun, pencarian akan tetap diteruskan..masih ramai yang bersepah sana sini..
Yang pasti..kenangan zaman sekolah pasti tidak akan dapat dilupakan oleh semua orang, kenangan tu tak ternilai harganya kalau nak dibandingkan dgn nilai wang ringgit dan yang paling best kalau suma kenangan tu dapat dikongsi bersama..tgk mcm gbr rantai tu, dah berkarat pun masih terikat antara satu sama lain...begitulah hendaknya kita...chau chin chau...

Sunday, February 15, 2009


salam...semalam aku berjumpa dgn 4 jejaka macho tapi hancur ni..saja lepak kat mamak sambil membincangkan projek2 kacang putih untuk perancangan jangka masa panjang..cheh mcm bagus jer bunyinya..biasalah kan lau dah dari kecik berkawan, dapat peluang berjumpa mcm ni dah tentulah cerita zaman sekolah jadi topik utama..dalam masa yg sama, kami sempat jugak membuat beberapa perancangan untuk menambah eratkan lagi silaturahim antara kita..antaranya:

1) mengadakan aktiviti bulanan seperti paintball dan futsal.
InsyaAlah kalau takda aral melintang, Sabtu ni 21 Februari 09, kita akan bermain paintball di
Paintball Valley Bukit Cherakah, kos rm80, 200 bullet, full equipment,makanan disediakan. Time start 9am
Orang2 prmpuan,sila sampaikan berita ini pada suami anda....harap dorg dpt join...dan geng2 prmpuan jugak...meh ar sama2 turun padang kalau berani...

2) family trip ker Eagle Ranch Port Dickson, http://www.eagleranch.com.my/
atas permintaan bbrp individu, kami bersepakat untuk mengadakan family trip ker tempat seperti yang dinyatakan..dalam pertengahan bulan 4, 2009, overall cost akan dinyatakan selewat2nya by end of this week. Chiow..

kini & selamanya

'hai tawan-tawan'...sebut ikut gaya yus raja lawak..erm..bila aku perhatikan setiap wajah dalam pic ni, mmg x pernah terlintas difikiran aku untuk bertemu dgn dorang ni semua..15 tahun beb..lama tu..lepas sekolah sumanya lenyap sekelip mata...masing2 buat hal sendiri..inilah antara mereka2 yg dah berjaya dikesan,berjumpa face 2 face malah berkumpul bersama..ramai lagi yang dah dapat dikesan cuma xda peluang nak snap gbr jer lagi..cuma berhubung melalui email,hp dsnya..itupun sudah cukup memadai..apa yang dapat kita lihat disini, mungkin inilah wajah yang akan kita lihat 20 tahun akan datang..sama dan takkan berubah berbanding dgn apa yang kita lihat 15 tahun dahulu..tapi masih ada yang maintain..hanya sebilangan dan yang jauh terkeluar dari landasan, boleh dikatakan majoriti lah hehe..korang lihat dgn teliti dan nilai lah sendiri...walaubagaimanapun, kita memang tidak boleh lari dari lumrah ciptaan manusia..dari bayi,kanak2,kanak2 remaja,remaja,tua..dan out of service..perubahan fizikal tetap akan berlaku pada setiap benda hidup..faktor makanan dan gaya hidup itu soal kedua...chiow...

Tuesday, February 10, 2009

cuti2 malaysia

salam, baru2 ni aku ker JB, saja bercuti dgn family dan aku ambik peluang yang ada untuk berjmpa dgn leyha..sempat jugak lah pergi makan malam beramai2, masing2 berkenalan dgn family masing2, leyha ni masa form 5 satu kelas ngan epen and asra..masa lepak2 kat danga bay, x semena2 berselisih pulak dgn mamat yg t-shirt putih tu..ktorg saling berpandangan muka mcm familiar sgt, nilah partner si tuah masa kat sekolah dulu..kemana2 mmg berdua jer..tp dia setakat form 3 jer pastu terus gi teknik...x sangka dia masih cam muka aku dan aku pun mmg cam sgt muka dia cuma biasalah kan...nama tu lansung x ingat....kecik jer sebenarnya dunia ni..kwn2 mmg merata tpt cuma antara nak tegur atau tidak jer...chiow...

Friday, February 6, 2009

Tingkatan 5 Bestari


salam buat teman2, ni antara beberapa lagi gbr kelas tingkatan 5 yg menjadikan 6 kelas kesemuanya, ada yang tertinggal ker?...so sekarang masing2 dah dapat gambaran yang jelas kan mengenai rupa paras rakan2 kita...so lau terjumpa tu takdalah malu2 nak menyapa...itupun lau rupa bentuk mukabuminya masih tak berubah lah...