Sunday, March 22, 2009

akhirnya impianku menjadi kenyataan...





GINA FINANZA....bangsa apakah dia? Benggali, Portugis, Mexico...erm sumanya tak tepat...dulu masa sekolah itu lah yang mmg aku selalu fikirkan..at last apa aku kisah..lantaklah dia bangsa apa pun yang penting boleh bercakap melayu dengan fasih dan senang untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Aku pasti ramai diantara kita yang mengenali Gina ni. Senior kita setahun. Dulu dia agak glamer gitu lah mungkin sebab nama dia yang paling pelik ada kat SDAD masa tu hehe. Nama sebenar Gina Finanza Angelia binti Daud....allamak...sekali melayu daaa...cheh..macam mana aku boleh jumpa dia...baca cerita aku ni sampai habis...

Sukan permotoran yang aku paling minat..2 ajer, track or road race dan rally ( off road ).Setiap kali menonton perlumbaan track dan rally pasti aku akan membayangkan apakah perasaan yang sebenar bila kita berada dalam kokpit sesebuah kereta lumba..hah mulalah berangan jadi seorang racer..kalau main playstation dah tentu lah cd WRC jadi pilihan utama.

Satu hari, si Gina ni pm aku kat FB chatbox. Dia sangkakan aku ni Ayem clasmate dia dulu. Rupa2nya salah orang daaa..tp oleh kerana kita org Johor ni kan peramah, so ktorang berborak lah sampai terkeluar cerita yang dia involve dalam sukan rally. Secara kebetulan incoming week dia nak perform kat sepang off road track, dan yang buat aku rasa terharu sangat bila aku dipelawa untuk datang give support and ni yang paling aku tak sangka lah.."jgn lupa bawak helmet" katanya..wah pucuk dicita ulam mendatang...masa ni lah aku nak try test tgk tahap mana aku boleh rembeskan hormon adrenalin aku untuk mengatasi ketakutan bila berada dalam kereta rally. Driver perempuan pulak tu..leh percaya ker ni..erkkk...ngerinya...dah mcm rancangan fear factor dah ni...

Hari ini 22hb Mac 2009. Tepat jam 10 pagi aku dah terpacul kat sepang parking D. Gina call.."ko kat mana?...aku kat khemah ni ha..."...erm...pertemuan pertama aku dengan Gina setelah 15 tahun tak jumpa..orangnya friendly tetap macam dulu..cuma dulu aku tak pernah tegur dia sebab...sebab apa lagi sebab nama dia lah..mcm nama orang eropah gitu tapi bersekolah kat kampung kwang kwang kwang....

Jam 11 pagi, aku melabuhkan punggung aku di kerusi co-driver Satria 1.8GSR milik Gina. Seat belt jenama OMP aku ketatkan agar tak terhumban ke depan atau kepala cecah bumbung kalau kereta terbalik..itu antara langkah2 keselamatan driver dan co-driver yang perlu dititikberatkan selain tahap keselamatan dan kestabilan kereta itu sendiri..bagi aku kereta Gina dah cukup serba serbi...rasa macam tak percaya bila dikelilingi oleh roll cage..hakikatnya memang aku benar2 berada di dalam kereta rally. Tuhan saja yang tahu perasan cemas dan takut tapi takkan nak tunjuk depan Gina...malu beb...kang tak pasal2 kena kutuk..

Bagi aku Gina memang selesa dengan sukan ni..teknik pemanduan dengan skill hand brake turn benar2 membuatkan aku nak duduk lagi kat kerusi co-driver tu lau ada peluang lagi di masa akan datang... To Gina, aku doakan moga ko berjaya dalam bidang yang ko ceburi..chiow...

6 comments:

  1. RALLY X ROUND 2

    Date : 26 April 2009 (Sunday)
    Surface : Gravel
    Venue : Sepang
    Programme : TBA
    Passenger allowed? YES

    ReplyDelete
  2. perghhh..... mcm aku ni bru nk blajo drift, si gina ni dh masuk rally. bapak aku dulu pun masuk rally gak, tp navigator je... tu pun kt hiway kalo kancil tak jejak 130kmj tak sah.....

    ReplyDelete
  3. jgn bwk keta laju2 beb...merbahaya..ingatilah org yg tersayang..hehe...

    ReplyDelete
  4. alah yem........ bwk keta laju ke, slow ke, kalo dh ajal tu kita pegi jugak. kadang kita bwk slow pun org hentam kita, kita jugak yg jd mangsa..... btul tak?

    ReplyDelete
  5. waaaaa............best nyer yem....akak pun teringin sgt....ckp kat gina bg akak peluang dok sebelah dia mcm yem bole x? hehehe....serious ni...

    ReplyDelete