Tuesday, August 11, 2009

mesyuarat #1 8-8-2009 ( projek perhimpunan bekas pelajar sdad semua sesi )


Tercapai jua hajat untuk mengadakan mesyuarat pertama bagi projek perhimpunan bekas pelajar sdad. Lama dok pikir bilalah date yang sesuai, akhirnya berkumpul jugak. Pada awalnya aku tak begitu yakin dengan kehadiran ahli, tak kira, 5 org pun meeting tetap jalan. Wah...sorang demi sorang mari dan kami mulakan meeting dengan 16 orang ahli mesyuarat. Jumlah kehadiran yang tak disangka2. Antara yang hadir adalah Amie Yusnorida,Hanafiah Boy,Abd Rasid, Zaleha, Hazar Jawa, Sukhairi Chort, Abd Kadir, Azliza Adan, Hazrin Hamdan,Khaizan Khamis, Huzaimi, Faizal Mahat, Muzamil, Nazir Mambo dan Hazlie...hah ngam 16 org termasuk aku sendiri. Semuanya dari berlainan tahun sesi persekolahan. Itu yang membuatkan ianya nampak menarik. Kalau dulu masa sekolah tak terfikir pun nak kamcing dengan orang2 yang senior atau junior dari kita. Tapi keadaan malam tu berlainan sekali. Kami bergurau senda seperti masing2 sudah begitu kamcing antara satu sama lain. Suasana memang cukup meriah. Tak dapat digambarkan kalau projek ini betul2 menjadi kenyataan...tentu sesuatu kenangan manis yang boleh dikenang sampai bila-bila. Boleh jadik ker....erm berdasarkan komitmen yang diberikan oleh setiap ahli mesyuarat pada malam tu...aku rasa tentu boleh jadik, dengan berkat semangat setiakawan antara kita, insyaAllah semua yang dirancang boleh menjadi kenyataan.

* meeting seterusnya akan diadakan pada 26 September 2009 ( raya ke-6 ) bertempat di rumah Yem (aku ler tuh) no 44 kg kelantan, muar...semua dijemput hadir, kehadiran ajk diwajibkan.

2 comments:

  1. bro...napa lu post camtu...cam jambu dah.....
    best kalo dpt join masa tu...tp masa tu gua kena keje ler beb....insyalllah 2nd round gak join..

    ReplyDelete
  2. hahaha...awww tak kuasa i tauuu....
    next meeting lu msti join...xda siap luuu...time raya tu lu jgn nak bg alasan kucing nak beranak plak...best beb sekali sekala dapat jmpa senior junior..

    ReplyDelete